Monday, April 11, 2011

Program Camporee.. 4th.. 2011


Pasukan Pengakap Ke-12 Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau telah mengikuti Program Perkhemahan Camporee Pengakap pada 12 Mac hingga 16 Mac 2011 iaitu dari hari sabtu sehingga hari rabu. Program tersebut telah diadakan di Kem Pengakap Tiku Tawau Sabah. Program ini bertujuan untuk melahirkan remaja yang lebih produktif, kreatif dan berdisiplin serta mampu menyediakan pemimpin pelapis. Selain itu, memupuk semangat kerjasama dan toleransi dalam kalangan peserta ke arah perpaduan nasional serta menjadikan remaja yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin pada masa hadapan.


Pada hari pertama 12 Mac, ketibaan para kontinjen dari seluruh pantai timur. Para peserta setiap kontinjen memilih tapak untuk khemah dan membersihkannya seterusnya mendirikan khemah masing-masing. Sementara itu, pemimpin setiap kontinjen mewakili peserta untuk mendaftar di rumah urus setia. Pemimpin akan diberi skaf (hijau) dan skaf peserta berwarna biru dan tag nama.


Pada hari kedua 13 Mac, peserta perlu bangun pada pukul 6.00 untuk aktiviti senam aerobik yang diketuai oleh Encik Alex Dennis. Seterusnya peserta diberi masa untuk bersiap sedia untuk upacara perasmian pada pukul 7. Perasmian itu dimulakan dengan nyanyian dua buah lagu iaitu Negaraku dan Sabah Tanah Airku seterusnya diikuti dengan Persetiaan Pengakap dan bacaan doa. Encik Lee Chee Kiong dijemput untuk menyampaikan ucapan alu-aluan selaku Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tawau. Selesainya perasmian itu bermulalah lawatan ke tapak aktiviti dan tapak perkhemahan. Pada waktu petang dan malam, masing-masing dengan aktiviti karaoke dan malam kebudayaan.


Pada hari ketiga semua aktiviti dijalankan. Seperti aktiviti fizikal yang merangkumi aktiviti halangan komando, ikhtihar hidup, flying fox, abseiling, wall climbing, repelling, sayang si buta, khidmat masyarakat, aktiviti air dan kerbau liar. Serta aktiviti sukan yang dipertandingkan seperti futsal, bola tampar dan sepak takraw. Pada hari tersebut juga, pemeriksaan bagi kategori pertandingan Pintu Gerbang dan Standard Camping juga dilaksanakan. Aspek yang diambil kira untuk Pintu Gerbang ialah ikatan, kekukuhan dan rekabentuk. Manakala untuk Standard Camping pula khemah, gajet, kebersihan, kerjasama dan disiplin.


Pada hari keempat pula, aktiviti pada hari ketiga disambung semula iaitu aktiviti fizikal dan aktiviti sukan. Di samping itu, pertandingan memasak juga dijalankan di mana setiap kontinjen perlu mewakilkan 3 peserta sebagai wakil kontinjen masing-masing untuk memasak satu hidangan. Setiap kontinjen hendaklah menggunakan tong gas, dan barang-barang dapur sendiri. Selepas acara memasak, acara ratu raja dan rimba dilangsungkan. Setiap kontinjen dikehendaki mewakilkan 2 orang peserta sebagai sepasang Raja dan Ratu. Pasangan ini hendaklah menghiaskan diri dengan tumbuhan-tumbuhan alam semula jadi seperti ranting kayu dan daun.


Pada hari terakhir, seperti biasa peserta dikehendaki bangun untuk aktiviti senamrobik pada pukul 6 pagi. Kemudian, Encik Dawud bin Abd Rashid selaku pengerusi bagi program ini memberi taklimat mengenai pembersihan kawasan perkhemahan dan upacara penutupan. Dalam upacara penutupan merangkumi nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Pengakap Malaysia, ucapan dari Persuruhjaya Pengakap Bahagian Tawau Encik Mohd Sayful Foo, upacara penyampaian hadiah kepada setiap kontinjen yang memenangi pertandingan yang diadakan dan akhir sekali upacara menurunkan bendera. Sebelum para kontinjen pulang ke tempat masing-masing, pemimpin dikehendaki menuntut sijil penyertaan dan sijil anugerah aktiviti daripada urusetia .


Pada keseluruhannya, aktiviti perkhemahan tersebut yang dijalankan selama lima hari empat malam dimana kontinjen dibahagikan kepada dua kumpulan untuk setiap aktiviti dijalankan. Aktiviti seumpama ini wajar dilaksanakan agar dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada semua ahli pasukan pengakap yang menyertai perkhemahan ini. Dimana para peserta akan didedahkan dengan kemahiran berpengakap seperti simpulan, ikatan dan¬¬¬¬¬ pertolongan cemas sejajar dengan objektif program ini.

Friday, June 18, 2010

Kem Tiku..





(my memory with pramuka Indonesia...)

This is my fist time join Camping at Kem Tiku Pengakap Tawau...











PERKHEMAHAN
UNIT BERUNIFORM PENGAKAP TIKU DAERAH TAWAU,
2009.


Tarikh : 14 – 18 MAC 2009
Jangka masa : 5 hari 4 malam
Yuran : RM 17.00
Anggaran Peserta : 30 peserta

Objektif kami mengikuti perkhemahan ini adalah untuk menimba ilmu pengetahuan yang lebih mendalam dan ingin belajar cara hidup berdikari. Selain itu, sepanjang perkhemahan ini juga kami dapat menanamkan sikap tolong-menolong di samping mengeratkan silaturahim sesama ahli.

05. Hal ini sedemikian kerana, perkhemahan ini dapat memotivasikan ahli mengenai potensi dan keupayaan diri masing-masing. Begitu juga dalam langkah – langkah memupuk dan membina daya kepimpinan ahli melalui kegiatan yang akan disediakan nanti.

06. Program ini telah dirancang dan dikendalikan sepenuhnya oleh Kelana Laut ‘B’ Tawau. Keselamatan pula dilaraskan oleh Guru Penasihat dan Biro Keselamatan. Oleh yang sedemikian, kami sangat berharap agar puan membenarkan persatuan kami mengikuti program ini, supaya kami dapat mengembangkan lagi ilmu pengetahuan sebagai seorang ahli pengakap.

Sekian, terima kasih.






KERTAS KERJA PERKHEMAHAN TIKU 2009

PENDAHULUAN
Satu program perkhemahan yang disusun atur bagi mengisi masa cuti persekolahan para pelajar sekolah. Perkhemahan ini akan dikendalikan oleh unit Pengakap Laut ‘B’ Tawau. Program ini juga merupakan aktiviti tahunan bagi unit Pengakap Kelana Laut ‘B’ Tawau.


RASIONAL

~ Melahirkan belia yang lebih produktif, kreatif dan berdisiplin serta mampu menyediakan
pemimpin pelapis.

~ Memupuk semangat kerjasama dan toleransi dalam kalangan peserta ke arah perpaduan nasional.

~ Mewujudkan perpaduan di antara pelbagai unit dan persatuan.


TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh : 14-18 Mac 2009
Tempat : Kem Pengakap Tiku Tawau.


KUMPULAN SASAR

~ Penyertaan dalam kalangan ahli persatuan Unit Beruniform dan juga badan NGO’S

~ Penyertaan juga melibatkan badan beruniform diperingkat sekolah

~ Melibatkan pengakap negara jiran Indonesia iaitu Pramuka.







ANGGARAN PERUNTUKAN PERBELANJAAN MAKANAN

HARI PERTAMA (14 / 3 / 2009)

PERKARA
KUANTITI
SARAPAN
30 X RM 1.00
MAKAN TENGAH HARI
30 X RM 3.00
MAKAN MALAM
30 X RM 2.00
JUMLAH
RM 180

HARI KEDUA (15 / 3 / 2009)

PERKARA
KUANTITI
SARAPAN
30 X RM 1.00
MAKAN TENGAH HARI
30 X RM 3.00
MAKAN MALAM
30 X RM 2.00
JUMLAH
RM 180

HARI KETIGA (16 / 3 / 2009)

PERKARA
KUANTITI
SARAPAN
30 X RM 1.00
MAKAN TENGAH HARI
30 X RM 3.00
MAKAN MALAM
30 X RM 2.00
JUMLAH
RM 180

HARI KEEMPAT (17 / 3 / 2009)

PERKARA
KUANTITI
SARAPAN
30 X RM 1.00
MAKAN TENGAH HARI
30 X RM 2.00
MAKAN MALAM
30 X RM 3.00
JUMLAH
RM 180

HARI TERAKHIR (18 / 3 /2009)

PERKARA
KUANTITI
SARAPAN
30 X RM 1.00
MAKAN TENGAH HARI
30 X RM 2.00
JUMLAH
RM 90


JUMLAH KESELURUHAN = RM 810.00




ANGGARAN PERBELANJAAN PENGANGKUTAN

BIL
PERKARA
JUMLAH
1.
Bas (pergi dan pulang)
RM200
2.
Lori (mengangkut barang)
RM150
JUMLAH KESELURUHAN
RM250





JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN PENGANGKUTAN DAN MAKANAN

=RM1060.00